Laporan Baharu Menekankan Apple Akan Perkenal Set Realiti-Gabungan Dalam Masa Dua Bulan Lagi
Aman
Walaupun terdapat desas-desus menyatakan Apple mungkin menangguhkan pengenalan set kepala realiti-gabungan mereka, namun, kini Bloomberg menekankan Apple akan perkenal set kepala mereka dalam tempoh dua bulan lagi.
Mengikut laporan tersebut, Apple dijangka perlihatkan set realiti-gabungan kepada umum melalui acara WWDC yang dijadualkan pada bulan Jun 2023 ini.

Pada acara sama juga, Apple dijangka mengumumkan sistem operasi untuk set realiti-gabungan tersebut, sekaligus membolehkan para pembangun untuk membangunkan aplikasi dan penawaran masing-masing untuk set kepala realiti-gabungan keluaran Apple berkenaan.
Buat masa ini, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya.
Set realiti-gabungan sedia ditawarkan oleh beberapa pihak pada hari ini, termasuk Sony dengan PlayStation VR, pihak HTC, dan juga terbaru pihak Pico yang aktif memasarkan set realiti-maya mereka.