Sudah menjadi kelaziman telefon pintar moden dilengkapi dengan sistem tri-kamera bagi memberikan kemampuan pengambilan gambar serta video lebih pelbagai. Hari ini Mavic 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi sebagai dron pertama dengan sistem tri-kamera secara terbina.
Mavic 3 Pro hadir dengan tiga kamera yang disambungkan kepada sistem gimbal yang sama. Ia terdiri daripada kamera sudut lebar dengan sensor 4/3 CMOS Hasselblad yang boleh mengambil gambar RAW 12-biyt dengan julat dinamit hingga 12.8 stops.
Ini adalah kamera yang sebelum ini digunakan pada Mavic 3. Kemampuan merakam video pula adalah sehingga 5.1K 50p atau DCI 4K 120p,Ketiga-tiga kamera menyokong rakaman menggunakan Apple ProRes 422 HQ, Apple ProRes 422 dan Apple ProRes 422 LT.
Kamera kedua menyokong zum optikal sehingga 3X menerusi sensor 1/1.3″ CMOS yang menyokong rakaman gambar sehingga 48MP dan video pula pada tetapan 4K 60p. Akhir sekali kamera ketiga menyokong zum optikal sehingga 7x dan hibrid sehingga 28x. Ia boleh merakam gambar pada tetapan 12MP dan video pada tetapan 4K 60p.
Dron boleh terbang selama 43 minit dengan sekali caj. Sistem APAS 5.0 memastikan ia boleh terbang dengan selamat tanpa pemilik perlu risau berlaku pelanggaran. Ini dibantu oleh lapan sensor terbina pada tubuh dron dari jenis kuadrotor ini.
Sistem penghantaran dron DJI O3+ membolehkan penstriman langsung 1080p 60p sehingga 15 km daripada pengawal. Di Malaysia harga jualan DJI MAgic 3 Pro adalah seperti di bawah dan bergantung kepada pakej yang ingin dibeli. Ia akan dijual bermula 8 Mei 2023.
Produk | Harga |
DJI Mavic 3 Pro | |
DJI Mavic 3 Pro (DJI RC) | RM9,799 |
DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC) | RM12,399 |
DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC Pro) | RM14,999 |
DJI Mavic 3 Pro Cine Premium Combo | RM21,999 |