ASUS ROG Ally adalah konsol mudah alih bagi bersaing dengan Steam Deck. Konsol ini akan menjalankan sistem operasi Windows 11 dan dijana dengan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1. Bukan itu sahaja ASUS turut merekabentuk ROG Ally sebagai konsol yang ringan iaitu 608g sahaja.

Konsol ini didakwa boleh menjalankan permainan video dengan grafik tinggi tanpa sebarang masalah. Lagi-lagi dengan menggunakan skrin FHD 120Hz yang menyokong AMD FreeSync Premium dan kecerahan mencapai 500 nits. Untuk memori ROG Ally menyokong sehingga 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB PCIe Gen 4.

Turut disertakan pada ROG Ally adalah speaker stereo Dolby Atmos, slot kad mikro SD, sistem penyejukan ROG Intelligent Cooling, cici Armoury Crate SE untuk kustomasi butang kawalan, profil permainan, seta turut menyokong pelbagai aksesori ROG. Setiap pembelian konsol ini turut didatangkan dengan Xbox Game Pass Ultimate selama 3 bulan.

ASUS ROG Ally akan dilancarkan pada 11 Mei ini. Anggaran harga jualan adalah bawah $1000 iaitu sekitar RM4460. Buat masa ini masih belum disahkan lagi sama ada produk ini akan tiba ke Malaysia ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.