Google One adalah perkhidmatan langganan storan awan Google yang turut menawarkan banyak ciri dan fungsi eksklusif pada perkhidmatan Google lain seperti Google Photos dan Google Meet.
Terkini pelanggan Google One yang melanggan storan 2TB ke atas boleh menikmati panggilan video Google Meet dengan resolusi 1080p. Selamat ini ia hanya terhad pada 720p sahaja. Ciri ini walau bagaimanapun memerlukan peranti yang menyokong kamera HD penuh seperti kamera web seperti Jabra Panacast 20.

Google turut menyatakan sokongan panggilan video 1080p ini terhad untuk dua peserta sahaja. Kemudian jika peranti ada had Google akan menetapkan resolusi secara automatik mengikut kesesuaian. Status akan dipaparkan kepada pengguna jika akaun mereka menyokong mod 1080p ini dan pengguna turut boleh kawal sama ada ingin mengaktifkannya atau kekal dengan resolusi 720p.
Buat masa ini sokongan ini hanya dihadkan kepada pengguna perusahaan dan tiada maklumat sama ada pengguna biasa akan dapat menggunakannya ataupun tidak.
- Sumber