OpenAI Gagal Mempercepatkan Proses Mendapatkan Tanda Dagang Untuk “GPT”
Effi Saharudin
Sebelum ChatGPT, ramai tidak pernah mendengar terma kecerdasan buatan generatif ataupun Generative Pre-trained Transformer atau lebih dikenali sebagai GPT. Selepas ChatGPT menjadi bualan ramai, terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang menggunakan terma GPT. OpenAI yang membangunkan ChatGPT telah cuba untuk mempercepatkan proses memfailkan tanda dagang untuk GPT tetapi permohonan mereka telah ditolak.

Permohonan ditolak oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USPTO) menolak dokumen yang difailkan OpenAI pada Disember tahun lalu. Secara lazimnya proses ini mengambil masa sehingga lima bulan. USPTO tidak mempercepatkan proses penganugerahan tanda dagang ini kerana perlu menjalani beberapa prosedur.
OpenAI pula mendakwa proses perlu dipercepatkan kerana kini wujud pelbagai perkhidmatan lain dan palsu menggunakan terma GPT yang boleh mendatangkan impak negatif ke atas produk mereka.
Terdapat beberapa syarikat lain yang juga cuba memfailkan terma GPT seperti TruthGPT yang diumumkan oleh Elon Musk. Sungguhpun usaha pertama mereka ditolak, OpenAI yakin mereka akan berjaya dalam percubaan seterusnya kerana tidak dapat dinafikan terma GPT hanya menjadi popular selepas produk mereka dilancarkan kepada umum tahun lalu.