Carian
Redmi 12C Menerima Potongan Harga RM100 – Kini Bermula RM499
April 26, 2023 Fahim Zahar

Redmi 12C adalah peranti kelas asas baharu yang dilancarkan pada bulan Mac lepas. Peranti ini hadir dengan skrin 6.71″ HD+, dijana cip Helio G85, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera 50MP, bateri 5000mAh dengan pengecasan mikro USB dan bicu audio 3.5mm.

Ketika dilancarkan peranti ini dijual pada harga RM599 untuk variasi 4GB RAm dan RM699 untuk 6GB RAM. Kami sudah pun mengulas peranti ini dan mendapati ia adalah peranti sempurna untuk kanak-kanak.

Atas sambutan baik terhadap peranti ini hari ini Xiaomi Malaysia secara rasmi memotong harga jualan peranti ini ke RM100. Redmi 12C kini boleh dibeli pada harga RM499 untuk 4/128 GB dan RM599 untuk 6/128 GB. Bukan itu sahaja dengan setiap pembelian pembeli turut akan menerima Mi In-Ear Headphones Basic yang bernilai RM39.

Ulasan – Redmi 12C Sempurna Untuk Anak-Anak [/ulasan]

Komen