Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) UK telah mengalang pembelian Activision oleh Microsoft hari ini. Keputusan diambil selepas mereka mendapati pembelian akan menyebabkan kerugian kepada pengguna di UK yang tidak menggunakan ekosistem Microsoft.
Kerisauan CMA adalah pada pasaran permainan awanan yang pada waktu ini Microsoft dianggarkan memegang 60-70% pasaran. Sekiranya pembelian diteruskan, permainan di bawah Activision akan hanya ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan Microsoft. Ini bermakna wujud keberangkatan permainan popular seperti siri Call of Duty, Overwatch dan Diablo tidak boleh digunakan pada platform lain.
CMA juga tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan oleh Microsoft mengenai penstriman permainan pada platform lain, sokongan permainan pada platform pada sistem operasi selain Windows dan pelan untuk menyamakan terma serta syarat permainan ditawarkan pada platform berbeza yang tidak menawarkan nilai terbaik kepada pengguna.
Activision dan Blizzard tidak bersetuju dengan keputusan CMA dengan kedua-dua syarikat mengesahkan mereka akan mengemukakan rayuan secepat mungkin bagi membolehkan pengambil alihan bernilai $68.7 bilion diteruskan.