Cari @ Amanz

Poco telah menjadualkan sebuah acara pelancaran baharu pada 9 Mei akan datang. Melaluinya terdapat dua produk yang bakal diumumkan iaitu Poco F5 Pro dan Poco F5. Maklumat mengenai peranti masih agak terhad buat masa ini. Namun cip Snapdragon 7+ Gen 2 telah disahkan bakal digunakan pada Poco F5.

Hal ini didedahkan sendiri oleh pihak Snapdragon India menerusi ciapan rasmi di Twitter. Peranti juga akan mempunyai sistem tri-kamera di belakang seakan sebuah Redmi Note 12. Turut boleh dilihat sensor utama 64MP akan digunakan pada peranti. Kita juga boleh menyasarkan lebih banyak kandungan promosi yang akan datang sementara menunggu tarikh pelancaran rasmi.

Berkongsi mengenai cip Snapdragon 7+ Gen 2 pula, ia dihasilkan dengan teknologi 4nm TSMC bersama peningkatan mencapai 50% berbanding generasi sebelum ini. Ia juga merupakan cip lapan teras yang terdiri dengan tiga teras Cortex-A710 berkelajuan mencapai 2.49GHz, sementara itu empat teras Cortex-A510 pada 1.8GHz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd