Carian
Google Authenticator Kelak Akan Menyokong Penyulitan Hujung-Ke-Hujung
April 27, 2023 Effi Saharudin

Google Authenticator akhirnya membenarkan sandaran secara awanan untuk kod kecemasan minggu ini. Dengan ciri ini tiada lagi kerisauan akaun akan terkunci selamanya-lamanya kerana peranti dengan Authenticator hilang ataupun rosak dan kod kecemasan tidak disimpan. Walaupun ciri menyelarikan Authenticator ke multi peranti ini adalah berguna, ia menimbulkan pula masalah sekuriti baharu.

Pada waktu ini Authenticator tidak menyokong penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) atas sebab bagi mengelakkan akaun terkunci jika data yang disandarkan tidak dapat diakses. Dalam ciapan yang dihantar oleh Christiaan Brand, yang merupakan pengurus produk di Google – terdapat perancangan memberikan E2EE pada Authenticator di masa hadapan. Pada waktu ini E2EE disokong pada beberapa produk-produk lain mereka.

Ini ialah isu mengenai sistem penyulitan dan sekuriti. Untuk benar-benar selamat sistem yang ketat perlu digunakan. Tetapi ini juga menyebabkan jika kod keselamatan hilang, proses untuk mendapatkan semua akaun akan menjadi mustahil kerana ia hanya diketahui oleh tuan punya akaun.

Komen