Cari @ Amanz

Penggabungan Celcom dan Digi sudah pun dimuktamadkan tahun lalu menjadikannya syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Dengan penggabungan ini, CelcomDigi melancarkan pula kedai atas talian baharu mereka menggunakan URL https://shop.celcomdigi.com.

Kedai atas talian ini menawarkan peranti keluaran Samsung, Apple, Oppo, Vivo dan Honor pada harga menarik. Turut ditawarkan ialah aksesori seperti jam tangan pintar dan AirPods. Pelanggan Celcom dan Digi boleh menaiktaraf peranti mereka gunakan sekarang dengan peranti baharu yang diberikan potongan harga sehingga RM1000 serta penghantaran secara percuma.

Antara yang ditawarkan sekarang ialah Samsung Galaxy Z Fold3 5G pada harga RM5,699 dan peranti 5G pada harga serendah RM899. Untuk melihat terma dan syarat lengkap pembelian, sila ke pautan di bawah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd