Rapid Security Response diumumkan di WWDC tahun lalu sebagai cara pantas untuk Apple memberikan tampalan sekuriti yang penting kepada iPhone, iPad dan Mac tanpa melalui proses kemas kini sistem operasi yang bersaiz besar. Minggu ini kemas kini iOS 16.4.1 (a), iPadOS 16.4.1 dan macOS 13.3.1. adalah tiga yang pertama diberikan kepada peranti pengguna menerusi macOS 13.3.1.

Pada peranti iPhone misalnya, tampalan sekuriti hanya bersaiz 82MB yang jauh lebih kecil berbanding tampalan sekuriti bersama dengan kemas kini sistem operasi yang mencapai ratusan MB saiznya. Apple menyarankan pemilik peranti untuk menghidupkan ciri kemas kini secara automatik bagi membolehkan tampalan sekuriti diberikan dengan segera.