Carian
Malaysia Menyasarkan 38% Kenderaan Elektrik Di Jalan Raya Menjelang 2040
May 2, 2023 Aman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kini berkongsi menyatakan Malaysia kini dalam sasaran untuk mencaoai 15% kenderaan elektrik menjelang 2030 kelak, dan seterusnya mencapai angka 38% kereta elektrik di jalan raya menjelang tahun 2040 kelak.

Buat masa ini, masih terdapat pelbagai cabaran utama untuk menjayakan perkara berkenaan, termasuk ketiadaan ekosistem yang lengkap untuk memangkin penggunaan kereta elektrik, harga yang terlalu mahal, serta stesen pengecasan yang masih belum banyak.

MOSTI turut menyatakan kerajaan telah menerima kesediaan sebuah syarikat pengeluar EV akan buka kilang operasi di Malaysia tidak lama lagi.

Sebelum ini juga, Proton telah menyatakan hasrat mempercepatkan pembangunan dan pengenalan kereta elektrik mereka untuk pasaran Malaysia.

Komen