Cari @ Amanz

Setiap produk Apple mempunyai tarikh luput di mana apabila sampai tarikh tersebut produk-produk yang disenaraikan akan dihentikan sokongan sepenuhnya termasuk tidak lagi akan diterima untuk dibaiki oleh Apple. Produk ini disenaraikan sebagai usang.

MacRumors baru-baru ini melaporkan yang Apple akan menambah dua lagi produk dalam senarai usang mereka. Kali ini adalah Apple Thunderbolt Display dan Apple iPad Air asli. Dua produk ini akan menjadi usang pada 31 Mei akan datang.

Apple Thunderbolt Display adalah monitor Apple dengan saiz skrin 27″, resolusi 1440p, mempunyai kamera terbina, sambungan Firewire 800 dan sambungan Thunderbolt. Sementara iPad Air yang dilancarkan pada tahun 2013 adalah iPad dengan skrin 9.7″, dijana cip A7, dan merupakan iPad yang nipis serta ringan yang digemari ramai.

Kedua-dua produk ini sudah pun dihentikan sokongan dan pengeluaran pada tahun 2016 lepas. Kini masing-masing sudah ada pengganti iaitu Apple Studio Display dan iPad Air M1.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd