Selain CelcomDigi, kini Maxis turut mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka menerima baik keputusan kerajaan dalam memfokuskan kepada DNB sehingga mencapai kadar liputan 80% kawasan berpenduduk, sebelum diikuti pelaksanaan 5G melalui dwirangkaian.
Maxis menyatakan mereka komited dalam bekerjasama untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G di Malaysia.
Maxis menambah, pengenalan rangkaian kedua dijangka bermula dalam fasa kedua, di mana Maxis menantikan peranan yang lebih langsung dalam pelaksanaan 5G di Malaysia.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan hadir dengan dwirangkaian 5G menjelang 2024 kelak, selepas berjaya mencapai kadar liputan 80% dibawah DNB. Komposisi pihak penyedia perkhidmatan dalam kedud-dua penyedia dwirangkaian dijangka akan diputuskan kelak.
Buat masa ini, hanya pihak Maxis tidak menawarkan akses rangkaian 5G kepada pelanggan mereka, kerana tidak memeterai sebarang perjanjian bersama DNB untuk akses rangkaian 5G.