Carian
CelcomDigi Membatalkan Perjanjian Belian Saham DNB
May 3, 2023 Aman

Selari dengan pengumuman kerajaan untuk kelak membentu dwirangkaian 5G, kini Celcom Mobile dan DigiTel bersama dibawah CelcomDigi mengumumkan mereka telah membatalkan perjanjian belian saham DNB.

Sebelum ini, Celcom dan Digi telah bersetuju untuk membeli saham DNB, sekaligus mempunyai ekuiti dibawah penyedia tunggal rangkaian 5G di Malaysia. Namun, kini CelcomDigi memilih untuk membatalkan perjanjian tersebut.

Melalui pemfailan di Bursa, CelcomDigi menyatakan mereka membatalkan perjanjian berkenaan kerana tempoh untuk memenuhi pelbagai syarat dibawah perjanjian tersebut telah luput.

CelcomDigi menyatakan pembatalan ini tidak akan mempunyai kesan yang ketara pada pendapatan CelcomDigi untuk tahun 2023.

Sebelum ini, pada awal hari ini ketika mengumumkan peralihan kepada model dwirangkaian 5G, ia turut dikongsikan yang mana komposisi pihak penyedia perkhidmatan dalam Entiti A dan Entiti B akan diputuskan kelak, dimana Entiti A akan meneruskan DNB, sementara Entiti B akan membentuk rangkaian 5G kedua seawal Januari 2024 kelak.

Komen