Carian
AWS Industry Quest: Financial Services Akan Tersedia Untuk Pengguna Malaysia Bulan Ini
May 4, 2023 Ikhwan Nazri

Bagi memupuk perkembangan dan kemahiran pekerja, kebiasannya pekerja akan melalui proses latihan dan juga pensijilan. Tahun lalu di acara AWS Re:Invent 2022 mereka telah mengumumkan AWS Industry Quest – Financial Services, iaitu program pembelajaran perkhidmatan awan dalam bentuk yang lebih interaktif, menumpukan perkhidmatan perbankan.

Selang beberapa bulan dari pengumuman tersebut, hari ini mereka turut mengumumkan program tersebut akan dilancarkan untuk pengguna Malaysia dan tidak terhad kepada pengguna yang dari industri perbankan. Program ini turut terbuka kepada semua pengguna AWS, dengan tambahan bayaran langganan USD 29 diperlukan. 

Langganan AWS Industry Quest: Financial Services ini merupakan sebahagian dari komponen AWS Skill Builder, yang turut menyediakan pelbagai informasi dan kursus bagi memperkaya pengetahuan mengenai perkhidmatan awan mereka.

Sehingga kini semakin banyak bank di Malaysia menggunakan AWS, antaranya termasuklah Bank Islam yang memilih AWS untuk perkhidmatan Perbankan Digital Be U, dan juga terbaru Al-Rajhi yang menyasarkan untuk menggunakan AWS sepenuhnya menjelang tahun 2026. 

Komen