Cari @ Amanz

Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa perkhidmatan yang menawarkan ciri menjana gambar melalui sokongan kecerdasan buatan dengan hanya melakukan input teks. Antara yang popular adalah MidJourney dan juga DallE.

Dengan populariti ciri sedemikian, kini Instagram turut tidak ketinggalan dan dilihat ingin menyertakan ciri menjana pelekat atau “sticker” ttersendiri dengan hanya melakukan input frasa teks sahaja.

Ini akan membolehkan para pengguna menghasilkan sticker mereka tersendiri, dan mempelbagaikan lagi penggunaan dalam aplikasi sosial tersebut. Perkara ini juga selari dengan perkongsian Mark Zuckerberg sebelum ini yang ingin memudahkan penghasilkan visual secaara kreatif di Facebook dan Instagram melalui integrasi kecerdasan buatan.

Buat masa ini, ciri ini pada peringkat pembangunan, dan dilihat disertakan dalam semakan kod aplikasi Instagram yang terkini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd