TSMC – Cip 3nm Dan 4nm Yang Dikilangkan di A.S Akan 30% Lebih Mahal
Effi Saharudin
Bagi memastikan Amerika Syarikat mempunyai industri penghasilan cip berteknologi tinggi, Akta CHIPS diluluskan tahun lalu. Dana berbilion Dollar diberikan kepada syarikat yang membuka kilang di A.S dan TSMC antara yang melakukannya. Dalam laporan DigiTimes, TSMC mengatakan cip yang dikilangkan di A.S akan menjadi lebih mahal.

Untuk cip 4nm dan 5nm kos adalah antara 20-30% lebih maha kerana kos operasi yang lebih tinggi. Sementara itu cip 28nm, 22nm, 16nm dan 12nm yang akan dikilangkan di Jepun pula akan menjadi 10-15% lebih mahal juga atas sebab yang sama. Kos pengilangan yang tinggi di Amerika Syarikat adalah sebab mengapa pengilangan dipindahkan ke negara luar seperti China pada dekad 90an.
Amerika hanya menyedari kesilapan mereka ini sejak sedekad lalu apabila melihat pengeluaran kini terlalu berpusat di China menjadikannya ekonomi kedua terbesar dunia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.