Carian
OpenAI Yang Bangunkan ChatGPT, Dilaporkan Rugi RM2.4 Bilion Pada Tahun Lepas
May 5, 2023 Aman

OpenAI, firma disebalik pembangunan penawaran berasaskan kecerdasan buatan, seperti ChatGPT dan juga Dall-E, kini dilaporkan rugi sekitar $540 juta (~RM2.4 bilion) pada tahun 2022 lepas.

Kerugian ini dikaitkan dari segi dengan pembangunan melibatkan ChatGPT, selain turut mendapatkan pelbagai bakat-bakat melibatkan kecerdasan buatan dari syarikat gergasi seperti Google.

chatgpt

Sebelum ini, ia turut dikatakan ChatGPT sendiri menelan kos operasi sekitar RM3.1 juta sehari – disebabkan oleh penggunaan pelayan yang berkuasa tinggi dalam pemprosesan.

Bergerak kehadapan, OpenAI menyasarkan untuk mencapai pembangunan AGI yang boleh menawarkan kadar kecerdasan menyamai manusia. Untuk tujuan ini, OpenAI dijangka meraih dana sebanyak $100 bilion dalam tahun-tahun akan datang.

Komen