Carian
Tim Cook : Kami Senang Hati Dengan Rekod Jualan Suku Tahunan Mac Di Malaysia
May 5, 2023 Aman

Apple hari ini telah berkongsi penyata pendapatan untuk suku tahunan yang lepas, memperlihatkan pendapatan sedikit menurun berbanding tahun lepas, disebabkan oleh perubahan pasaran dan kesan makroekonomi dan inflasi.

Walaubagaimanapun, rantau Asia-Pasifik memperlihatkan peningkatan yang baik berbanding rantau-rantau negara lain. Menyentuh mengenainya, Tim Cook turut mengatakan mereka senang hati dengan rekod jualan suku tahunan Mac lepas di beberapa buah negara, termasuk Malaysia dan India.

Ini sekaligus memperlihatkan prestasi jualan produk Apple di Malaysia pada suku tahunan lepas agak baik, jikalau dibandingkan dengan negara-negara lain.

Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa Apple dijangka membuka Apple Store tersendiri pada tahun ini di Malaysia – selari peningkatan angka pengguna produk mereka di negara ini. Apple sedia mencari pekerja untuk Apple Store di Malaysia, dengan lokasinya dijangka terletak di TRX Kuala Lumpur.

Komen