Seperti diketahui ramai, Poco kini dalam persediaan hadir dengan beberapa peranti baharu pada 9 Mei 2023. Ianya terdiri dengan model Poco F5 yang disahkan hadir dengan sokongan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Seterusnya cip Snapdragon 8+ Gen 1 pula akan digunakan pada variasi pro yang turut telah didedahkan pada menerusi salah satu ciapan terkini di Twitter.
Bersama-samanya peranti ini juga akan memuatkan skrin Flow AMOLED yang menyokong resolusi WQHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan skrin sejenis rata bersama lubang kecil di tengah untuk sokongan kamersa swafoto tunggal. Namun seperkara yang menjadi tanda tanya ialah saiz skrin hadapan peranti ini.
Selain itu bateri yang disertakan juga menyokong sistem pengecasan pantas 33W yang kebiasaan diguanakan pada kebanyakan peranti pertengahan Poco. Seperti biasa penawaran penuh akan diketahui selepas peranti dilancarkan kelak, sama-sama kita nantikan.