Cari @ Amanz

Google DeepMind merupakan bahagian khusus dibawah Google yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin.

Terbaru, melalui perkongsian bersama WSJ, CEO Google DeepMind menyatakan kita akan mencapai kecerdasan buatan tahap AGI dalam masa beberapa tahun lagi.

AGI (Artificial General Intelligence) dikatakan merupakan fasa seterusnya dalam pembangunan kecerdasan buatan yang secara amnya akan beroperasi pada tahap yang sama atau lebih pandai berbanding manusia. Malah, dengan penerapan dan akses kepada pelbagai data, ia dijangka akan lebih cerdas berbanding manusia biasa.

Walaupun tidak menyatakan tempoh secara khusus, pihak Google DeepMind menyasarkan ia akan dicapai dalam masa beberapa tahun sahaja lagi.

Selain Google, sebelum ini, OpenAI juga turut menyasarkan untuk mencapai fasa AGI dalam masa beberapa tahun lagi. Dan dengan perlumbaan arena kecerdasan buatan secara menyeluruh dalam industri, ia mungkin akan dicapai lebih pantas berbanding sasaran sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd