Carian
Ini Mungkin Rekaan Nothing Phone (2) – Akan Hadir Dengan Sebuah Suiz Fizikal
May 8, 2023 Effi Saharudin

Rekaan panel belakang Nothing Phone (2) diacah secara rasmi oleh akaun media sosial mereka tahun lalu. Akhirnya akan ada lampu LED berwarna merah dan sebuah suis fizikal yang masih misteri fungsinya. Pada hujung minggu lalu Ben Geskin yang mempunyai rekod meniriskan rekaan peranti lebih awal berkongsi imej di bawah. Menurut beliau inilah rekaan panel belakang untuk Phone (2).

Masih terdapat lampu pada sistem kamera yang nampaknya kekal dengan dua lensa sahaja pada waktu ini. Sistem lampu LED putih yang lebih besar juga dikekalkan pada lokasi yang sama mengelilingi gegelung pengecasan nirwayar seperti Phone (1).

Kali ini Phone (2) dikhabarkan adalah peranti kelas mercu dengan skrin o6.55-inch AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Spesifikasi sebenar pasti akan tertiris semakin hampir kepada pelancarannya sekitar Jun hadapan kelak.

Komen