Cari @ Amanz

Kekangan teknologi dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas China menyebabkan mereka tidak boleh membeli cip kecerdasan buatan (AI) dengan teknologi terkini daripada AMD dan NVIDIA. NVIDIA mengeluarkan cip H800 dengan prestasi yang dikurangkan berbanding cip A100.

Cip NVIDIA A100
NVIDIA A100

Menurut laporan Reuters, disebabkan China dihalang daripada mengakses cip yang paling berkuasa, pembangunan AI di negara tersebut mengambil masa 10-30% lebih lama dan kos pula meningkat sehingga dua kali ganda.

Walaupun dipaksa menggunakan cip yang kurang berkuasa, China masih meneruskan pembangunan AI mereka yang tersendiri. Cip H800 masih mampu mengurangkan masa memproses daripada 11 ke 4 hari sahaja menurut Tencent.

Halangan pengimportan cip AI terkini dilakukan oleh A.S kerana tidak mahu ia digunakan untuk membangunkan teknologi ketenteraan. Pelbagai syarikat China dimasukkan ke dalam senarai entiti termasuk syarikat yang membina superkomputer beberapa tahun lalu. Usaha yang dilakukan oleh A.S sekadar mampu memperlahankan usaha China tetapi tidak mampu menrencatkan pembangunan yang sedang dilakukan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd