Carian
Kerajaan Akan Lupuskan Pegangan Pada DNB Selepas Capai 80% – DNB Diswastakan Sepenuhnya
May 9, 2023 Aman

Kerajaan dijangka akan melupuskan sepenuhnya pegangan pada Digital Nasional Berhad seawal 2024 kelak, selari pelaksanaan model dwirangkaian 5G.

Berkongsi mengenainya, pihak Ketua Pegawai Operasi SKMM menyatakan Entiti A akan mengambil-alih DNB dan akan menyambung operasinya, selari dengan permulaan Entiti B yang dijangka pada 2024. Kerajaan akan melupuskan pegangan sepenuhnya apabila mencapai fasa ini, sekaligus menjadikan Entiti A dan juga Entiti B sebuah entiti swasta sepenuhnya.

Dengan kedua-duanya beroperasi sebagai entiti swasta tanpa pegangan kerajaan, maka ia akan memperlihatkan persaingan sihat antara satu sama lain, sekaligus dijangka membawa keuntungan kepada pengguna dari segi penawaran dan kualiti rangkaian.

DNB dijangka akan terus beroperasi sebagai penyedia tunggal rangkaian 5G sehingga mencapai 80% kawasan berpenduduk di Malaysia.

Komen