Cari @ Amanz

Malam tadi Apple mengumumkan kehadiran Final Cut Pro (FCP) iaitu aplikasi suntingan video profesional yang terkenal pada peranti macOS pada iPad yang menggunakan cip siri M. FCP ini turut menyokong penggunaan bersama Apple Pencil generasi kedua.

Ini secara tidak langsung memberikan kebebasan kepada penyunting video menggunakan iPad jika ingin lakukan suntingan kecemasan dan sebagainya. Berbeza dengan versi pada macOS yang perlu bayar sekali untuk seumur hidup, pada iPad ia ditawarkan dalam bentuk langganan RM22.90 sebulan.

Mark Gurman baru-baru ini menyatakan yang ada kemungkinan besar yang set kepala realiti gabungan Apple Reality Pro akan menyokong FCP juga. Set kepala ini akan menjalankan xrOS dan dikatakan menyokong aplikasi iPadOS. Jadi sepatutnya tiada masalah untuk FCP digunakan pada set kepala ini.

Umum sedia maklum yang kebanyakan set kepada realiti gabungan seperti Pico 4, Meta Quest Pro atau cermin mata Nreal Air boleh memberikan pengalaman menggunakan skrin sebesar lebih 100-inci. Jadi mana tahu ada orang ingin sunting video pada skrin besar?

Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd