LG UltraGear adalah siri produk gaming di bawah LG yang memfokuskan produk gaming seperti monitor. Terbaru mereka mengumumkan LG UltraGear 49″ yang menggunakan skrin adi-lebar 32:9, beresolusi DQHD (5120 x 1440) dan menyokong kadar segar semula 240Hz.

Menurut LG menggunakan monitor ini adalah seakan dua monitor 16:9 bersebelahan. Skrin turut mempunyai lengkungan pada kadar 1000R, menyokong paparan VESA Display HDR 1000, kecerahan mencapai 1000 nit dan menjanjikan warna yang terang dan cantik.

LG UltraGear 49″ hadir dengan masa sela masa 1ms, port sambungan 2x HDMI 2.1, 1x DisplayPort 1.4, 1x USB-A 3.0 upstream dan 2x downstream serta port bicu audio 4 pole DTS HP:X. Monitor ini adalah pesaing kepada Samsung Odyssey G9 yang dilancarkan pada dua tahun lalu dengan harga RM2399.

Monitor ini sudah pun dijual di Amerika Syarikat dengan harga $1299.99 (~RM5790) dengan perancangan untuk dilancarkan di negara-negara Asia pada tahun ini.
- Sumber
- Sumber – LG