Cari @ Amanz

Era peranti skrin boleh-lipat Google bermula hari ini dengan pelancaran secara rasmi Google Pixel Fold pagi ini. Ia sebuah peranti skrin boleh-lipat dengan rekaan kompak sama seperti Oppo Find N2 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu.

Ia dilengkapi skrin 5.8″ OLED 102HZ di bahagian luar dan skrin dalaman boleh-lipat 7.6″ OLED 120Hz. Ketika diperlihatkan di pentas tadi, skrin masih mempunyai kesan lipatan yang ketara. Ini dipadankan dengan cip Google Tensor G2, cip sekuriti Titan M2, memori 12GB LPDDR5 RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri sebesar 4821 mAh.

Sistem kamera utama terdiri daripada 48MP sudut lebar, 10.8 MP ultra sudut lebar dan 10.8MP telefoto 5x zum optikal. Sementara itu di skrin luar kamera 9.5MP digunakan dan kamera 8MP digunakan pula pada skrin boleh-lipat. Seperti pada peranti boleh-lipat Android lain di pasaran, terdapat mod untuk menggunakan skrin luar sebagai viewfinder untuk menggunakan kamera utama bagi mengambil gambar swafoto.

Terdapat sokongan Dual Screen Interpreter yang membolehkan perbualan dalam dua bahasa boleh dilakukan menerusi Translate. Terdapat juga dermaga has dalam Pixel Fold yang memudahkan proses penggunaan multi aplikasi dan multi tingkap dilakukan dengan lebih pantas. Turut diperlihatkan ialah ciri Flex Mode yang membolehkan video YouTube ditonton dengan tubuh Pixel Fold dilipat ke bentuk L.

Peranti menyokong pengecasan nirwayar 30W. Ia turut melepasi piawaian IPX8. Dari segi saiz IPixel Fold adalah lebih besar berbanding Oppo Find N2 tetapi lebih kecil berbanding Samsung Galaxy Z Fold5.

Pratempahan telah dibuka di beberapa pasaran utama dunia pada harga $1799 (~RM8020) sebuah untuk storan 256GB dan $1919 (~RM8555) untuk storan 512 GB dalam warna Obsidian serta Porcelain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd