Carian
Google Membuka Eksperimen MusicLM – Ubah Idea Menjadi Muzik Dengan Janaan AI
May 11, 2023 Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat penggunaan teknologi penjanaan berasaskan kecerdasan buatan dalam menghasilkan input berbentuk teks, menghasilkan gambar, dan juga menjana video. Google sebelum ini, sedia memperlihatkan kebolehan untuk menjana muzik dan lagu berasaskan kecerdasan buatan, melalui model MusicLM – dan kini, eksperimen untuknya dibuka kepada orang ramai untuk daftar dan mengujinya bila tersedia.

Melalui MusicLM, pengguna perlu hanya menyertakan input berasaskan teks, dan seterusnya ia akan menjana muzik bersesuaian. Sebagai contoh, anda boleh menyertakan input, “jazz untuk makan malam”, dan ia seterusnya akan menjana dua variasi lagu untuk anda.

Google menyatakan mereka bekerjasama dengan sejumlah ahli muzik dalam menjayakan pembangunan teknologi dan proses kreatif disebaliknya.

Buat masa ini, pengguna perlu melakukan pendaftaran minat, dan boleh mengakses MusicLM secara berperingkat apabila tersedia kelak.

Komen