Cari @ Amanz

Project Starline diumumkan oleh Google ketika pandemik yang memberikan pengalaman melakukan panggilan video atau telesidang yang realistik. Menerusinya panggilan video seakan 3D membuatkan insan yang dipaparkan pada skrin kelihatan seperti benar-benar berada di hadapan pengguna Project Starline.

Prototaip baharu Project Starline telah diperlihatkan oleh Google dengan rekaannya kini lebih kompak dan dipermudahkan untuk digunakan dalam ruang yang lebih kecil. Terdapat tiga kamera pada atas, serta kedua-dua sisi skrin gergasi untuk menghasilkan model 3D pengguna.

Dengan bantuan kecerdasan buatan, imej 3D boleh dipaparkan pada skrin tanpa menggunakan sistem kamera yang kompleks. Saiz Project Starline yang dahulunya sama seperti tempat duduk di restoran dikecilkan ke saiz sebuah televisyen biasa.

Usaha menambah baik Project Starline masih lagi dilakukan menerusi kerjasama dengan rakan niaga Google di Salesforce, T-Mobile dan WeWork. Masih tiada perancangan menawarkan projek ini sebagai produk sebenar dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd