Carian
Google Labs Membolehkan Pengguna Menguji Ciri AI Terbaru Lebih Awal
May 11, 2023 Effi Saharudin

Pagi tadi Google memperlihatkan pelbagai integrasi kecerdasan buatan (AI) Bard dan PaLM2 pada produk seperti Search, dan Workspace. Walaupun telah diperlihatkan ramai pembaca mungkin tidak menyedari majoriti ciri-ciri AI ini tidak boleh diakses secara terbuka. Jadi bagi yang berminat untuk menguji AI lebih awal Google Labs telah diumumkan.

Makmal ujian Google Labs membolehkan pengguna memasuki senarai menunggu lebih awal. Selaim mengakses ciri baharu AI dalam Workspace dan Search, Labs juga menjadi tempat mereka yang berminat untuk mencuba MusicLM dan Project Tailwind. MusicLM ialah AI yang menghasilkan muzik berdasarkan input teks yang dimasukkan pengguna.

Project Tailwind pula yang merupakan AI yang dilatih menggunakan data peribadi yang ditulis oleh pengguna. Google mengatakan ia adalah seperti sebuah AI untuk buka nota. Kemudian ia boleh menjana teks dan melakukan carian lebih pintar berasaskan nota peribadi yang ditulis sendiri. Pada waktu ini Google Labs hanya dibuka kepada penduduk di Amerika Syarikat sahaja.

Komen