Cari @ Amanz

Cip mercu generasi baharu MediaTek Dimensity 9200+ telah dilancarkan secara rasmi. Ia menjadi pengganti kepada Dimensity 9200 sebelum ini seterusnya dikatakan mampu menjadi pesaing yang terdekat untuk cip terkini Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Menurut MediaTek, cip pemprosesan yang masih mengekalkan penggunaan teknolohi 4nm ini memberikan peningkatan CPU sehingga 10%, peningkatan GPU 17% dan penjimatan kuasa tenaga sehingga 34% lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Konfigurasi 1+4+3 teras CPU digunakan pula terdiri dengan 1x Arm Cortex-X3 3.05GHz, 3x Arm Cortex-A715 2.85GHz dan 4x Arm Cortex-A510 1.8GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU terkini Arm Immortalis-G715 yang mempunyai keupayaan Ray Tracing dan HyperEngine 6.0 GPU Fusion Rendering yang amat berguna untuk pengalaman permua cukup baik.

Ia juga berkongsi cip ISP yang sama dengan Dimensity 9200 yang menyokong sensor kamera sehingga 320MP dengan kemampuan merakam video 8K pada 30FPS. Sokongan skrin pula sehingga FHD+ pada kadar segar semula 240Hz atau WQHD sehingga 144Hz. Memori pula adalah berasaskan LPDDR5x dan storan UFS 4.0.

Dimensity 9200+ juga membawakan sokongan kedua-dua sambungan sub-6GHz dan mmWave 5G, disamping turut menyokong WiFi 7 serta sambungan bluetooth 5.3. Peranti yang menggunakan cip pemprosesan ini dijadualkan bakal tiba sekitar bulan ini tanpa berkongsi lanjut mengenai jenis model yang menyokong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd