Cari @ Amanz

Hari ini Sony telah melancarkan peranti mercu baharu mereka iaitu Xperia 1 V. Peranti ini akan dijual pada harga RM6399 dan memfokuskan kepada fotografi yang menggunakan teknologi baharu Sony melalui Exmor T Mobile.

Selain peranti mercu, peranti kelas pertengahan baharu iaitu Xperia 10 V turut dilancarkan tadi. Sony Malaysia menyatakan yang peranti ini akan tiba lewat sedikit berbanding Xperia 1 V iaitu pada awal Ogos. Harga jualan adalah RM2199 dan turut akan menjual kerangka dengan kaki yang dibina dari bahan kitar semula SORPLAS Sony.

Xperia 10 V adalah peranti kompak dengan skrin OLED 6.1″ FHD, kadar segar semula 60Hz, dijana Snapdragon 695 yang dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB. Konfigurasi kamera adalah 48+8+8 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel.

Bateri peranti 5000mAh dengan pengecacan 21W, menyokong perlindungan IP65/68 dan turut mempunyai bicu audio 3.5mm Hi-Res.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd