Carian
Anda Kini Boleh Menyunting Mesej Dalam WhatsApp Beta Pada Android
May 12, 2023 Fahim Zahar

Beberapa hari lepas telah kami laporkan yang pengguna WhatsApp Web mula menerima sokongan suntingan mesej yang telah dihantar. Ciri ini dilihat diedarkan kepada pengguna beta WhatsApp Web yang diberi masa 15 minit untuk menyunting mesej yang telah dihantar.

Ketika laporan ini ditulis sokongan untuk aplikasi WhatsApp pada peranti mudah alih seperti Android masih sedang dibangunkan. Baru-baru ini WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp beta versi 2.23.10.13 sudah menyokong ciri suntingan mesej ini.

Tetapi menurut laporan tidak semua pengguna beta dapat menggunakannya. Ia mungkin adalah ujian dari bahagian pelayan. Saya yang sedia menggunakan WhatsApp beta versi ini masih tidak dapat mengakses ciri ini lagi. Jika anda berminat dan berani mencuba boleh muat turu APK WhatsApp melalui pautan di bawah;

Komen