Sejak aplikasi membaca berita dan artikel Artifact diperkenalkan saya tidak lagi membaca di tempat lain apabila menggunakan telefon pintar. Aplikasi daripada bekas pembangun Instagram ini sangat seronok digunakan. Ia ringkas, mudah dan paling menarik ada ringkasan yang boleh dijana oleh kecerdasan buatan.
Artifact juga sebenarnya telah menjadi satu platform media sosial kerana pengguna boleh berkongsi pendapat melalui ruangan komen dan turut boleh berinteraksi antara satu sama lain. Terkini Artifact memperkenalkan ciri pengguna boleh mengikuti penulis artikel atau berita yang digemari.

Selepas diikuti Artifact akan memastikan artikel yang ditulis oleh penulis yang pengguna ikuti dipaparkan di suapan utama aplikasi. Penulis juga boleh tuntut profil masing-masing di Artifact dan boleh lihat pencapaian karya sendiri seperti berapa ramai yang membaca, komen dan sebagainya.
Artifact turut memberi peringatan yang aplikasi mereka memfokuskan kepada kandungan yang diperibadikan secara automatik tetapi masih ingin memberi pengguna kawalan tersendiri.
- Sumber
- Sumber – Artifact