Artifact adalah aplikasi membaca berita dari pengasas Instagram. Aplikasi ini menawarkan pengalaman penggunaan seakan TikTok di mana kandungan berita yang dipaparkan adalah berdasarkan corak bacaan dan minat pengguna. Aplikasi ini percuma untuk semua pengguna Android dan iOS.
Sejak dilancarkan Artifact terhad untuk membaca berita sahaja dan ia boleh menjejak kekerapan bacaan untuk menyahkunci status bacaan serta melihat tahap bacaan masing-masing.
Kemaskini terkini Artifact bawakana adalah menyertakan ruangan komen pada setiap artikel/berita. Ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain dan berkongsi pendapat mengenai topik menarik atau yang sedang hangat dibincangkan.
Adakah Artifact akan menjadi aplikasi media sosial selepas ini atau kekal fokus kepada aplikasi membaca sahaja?