Selepas CIMB tempoh hari, kini Maybank turut memaklumkan para pengguna, yang mana mereka akan menghentikan sokongan tambah-nilai Touch ’n Go melalui ATM. Maybank mengatakan ciri berkenaan akan dihentikan pada ATM mereka berkuat-kuasa 13 Mei 2023 kelak.

Dengan langkah ini, dua bank utama telah menghentikan ciri tambah-nilai kad Touch ’n Go melalui ATM, dan tidak mustahil ia turut dilaksanakan oleh bank-bank lain. Sebab sebalik penamatan ini tidak dinyatakan oleh mana-mana bank buat masa ini.
Sebagai alternatif, pengguna masih boleh melakukan tambah-nilai Touch ’n Go melalui kiosk-kiosk TNG, selain di stesen minyak, mahupun menggunakan kad NFC dan tambah-nilai melalui telefon pintar.
- Sumber
- Maybank