Tecnno Phantom V Fold sudahpun memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini tetapi pada harga melebihi RM5000 ianya terlalu mahal banyak orang kebanyakan. Hujung minggu lalu rekaan Tecno Phantom V Yoga telah tertiris dengan ia merupakan sebuah lagi peranti skrin boleh-lipat tetapi dengan rekaan kulit kerang yang lebih kecil.

Sekilas pandang Tecno Phantom V Yoga mirip Samsung Galaxy Z Fip dan Oppo Find N2 Flip. Pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi terbina pada butang kuasa. Skrin dalaman mempunyai sebuah lubang untuk kamera sementara di belakang terdapat dwi-kamera. Sebuah skrin sekunder juga dapat dilihat berbentuk bulat.

Phantom V Yoga dilengkapi cip Dimensity 8050, 8GB RAM, 256GB, bateri 4000 mAh, kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP. Sistem operasinya pula ialah HiOS yang berasaskkan Android 13.
