MediaTek sedia mengesahkan yang mana peranti dengan cip mercu baharu Dimensity 9200+ bakal dipasarkan dalam masa terdekat ini. Persoalan mengenai model peranti juga telah terjawab selepas IQOO Neo 8 Pro disahkan bakal menggunakannya.

Ini digabungkan juga dengan cip ISP Vivo V1+ yang bertujuan memberi peningkatan kepada kemampuan fotografi peranti. Skrin berkadar segar semula 144Hz juga digunakan yang semestinya mampu menyediakan pengalaman tatalan yang lancar. Penggunaan rona serba merah dengan bahan seakan kulit turut menghiasi sepenuhnya panel belakang peranti.


Dalam masa sama, peranti juga mempunyai sistem tri-kamera dengan konfigurasi yang masih kekal misteri. IQOO8 Pro telah dijadualkan tiba pada 23 Mei akan datang menerusi pelancaran rasmi di China, yang juga menyediakan variasi standard bersama.