Cari @ Amanz

Pada hujung minggu yang lepas, OPPO dilaporkan telah menyahsenarai kesemua produk-produk mereka di negara Jerman, termasuklah peranti-peranti OPPO dan juga OnePlus.

Di laman web OPPO Jerman, tiada produk langsung OPPO diperlihatkan, termasuklah peranti-peranti seperti Oppo Reno 8 dan OPPO Find N2 Flip. Walaupun begitu, mereka mengatakan bahawa peranti-peranti sedia ada masih boleh digunakan, dan akan menerima kemaskini seperti yang dikatakan.

Perkara ini dilihat berlaku kerana pada tahun lepas, mahkamah Jerman telah menghalang jualan peranti-peranti tersebut di negara tersebut kerana OPPO gagal membayar Nokia untuk menggunakan paten teknologi 5G mereka.

Jualan peranti tersebut sudahpun dihentikan sejak mahkamah mengumumkan keputusan tersebut, tetapi OPPO nampaknya tekad membuat keputusan untuk keluar sahaja dari pasaran negara tersebut. Ini boleh dilihat sebagai satu lagi tamparan besar untuk syarikat pembuat peranti pintar dari China tersebut, selepas pengumuman bahawa mereka telah menutup bahagian yang membangunkan cip MariSilicon mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd