Dua tahun lepas Oppo telah melancarkan cip ISP tersendiri iaitu MariSilicon X. Cip ini dikhususkan untuk tujuan fotografi dan menggunakan teknologi 6nm yang mempunyai kemampuan kecerdasan buatan mencecah 18 TOPs.
Oppo Find X5 Pro adalah peranti pertama dengan cip ini dan kemudian turut digunakan pada Find N2 Flip dan Find N2. Oppo kemudian turut hadir dengan cip baharu MariSilicon Y untuk audio yang masih tidak digunakan pada mana-mana peranti kecuali pada OHealth H1 iaitu ECG dan Stetoskop mudah alih.

Terkini Oppo telah mengesahkan kepada Android Authority yang mereka tidak lagi akan mengeluarkan cip MariSilicon X dan MariSilicon Y. Sebab yang jelas tidak didedahkan tetapi dikatakan adalah kerana keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan Oppo tidak dapat melakukan perjanjian jangka masa panjang dengan ZEKU iaitu bahagian cip tersendiri mereka.
Peranti seperti Oppo Find N2 Flip dan Find X5 Pro yang sedia menggunakan cip ini tidak ada masalah untuk digunakan. Malah kita juga tidak tahu sama ada jika Oppo sudah mengeluarkan banyak cip ini atau tidak untuk digunakan pada peranti generasi baharu. Apa yang pasti selepas ini tiada lagi cip baharu MariSilicon. Ketika artikel ini ditulis laman web Oppo MariSilicon X dan Y telah pun dipadam.
- Sumber
- Android Authority