Tahun lalu pelakuran nuklear berjaya dilakukan di National Ignition Facility (NIF) oleh saintis dari Lawrence Livermore National Laboratory. Ia kali pertama proses pelakuran nuklear dilakukan di luar letupan nuklear. Kejayaan ini bakal membuka pintu kepada sumber tenaga yang bersih serta lestari kerana hanya menghasilkan helium dan neutron sebagai bahan sampingan tanpa sisa radioaktif.

Helion Energy sebuah syarikat dari Amerika Syarikat mengumumkan mereka menandatangani perjanjian dengan Microsoft membekalkan tenaga elektrik bersih hasil menerusi pelakuran nuklear seawal 2028.
Apabila beroperasi kelak, sebanyak 50 MW tenaga elektrik dapat dijana menerusi sistem yang dibangunkan oleh Helion. Helion mempunyai kepercayaan yang tinggi sistem yang menggunakan plasma yang mencecah suhu 100 juta darjah Celsius mereka boleh menjana elektrik menjelang 2024. Microsoft pula berharap teknologi sumber tenaga pelakuran nuklear boleh merealisasikan sasaran mereka untuk mempunyai operasi negatif karbon menjelang 2030.