Cari @ Amanz

Apakah nama sistem operasi peranti realiti berhubung boleh-pakai Apple kelak? Jawapannya mungkin ditemukan pada tanda dagang xrOS yang difailkan oleh Apple di New Zealand baru-baru ini. Penggunaan nama xrOS sebagai sistem operasi ini mungkin kini disahkan kerana ia muncul beberapa bulan sebelum Apple dilaporkan memperlihatkan set kepala mereka di WWDC.

Sebelum ini ura-ura set kepala akan menggunakan nama Apple Reality Pro dengan sistem operasi RealityOS. Demam untuk menghasilkan set kepala realiti berhubung masih wujud di Apple dengan ia diharap dapat mengembalikan minat orang ramai.

Usaha Meta masih belum menampakkan kejayaan walaupun selepas membelanjakan puluhan bilion Dollar. Google pula mengesahkan sebuah peranti realiti terimbuh akan diperlihatkan menjelang Oktober dengan ia dibangunkan dengan kerjasama Samsung serta Qualcomm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd