Cari @ Amanz

Samsung, Google dan Qualcomm mengumumkan kerjasama untuk membangunkan sebuah peranti realiti diperluas (XR). Cip untuk XR keluaran Qualcomm akan dipadankan dengan sistem operasi Android oleh Google dan rekaan pula oleh Samsung. Menerusi kerjasama tiga syarikat teknologi utama, sebuah peranti XR yang hebat akan dihasilkan.

Sudah lama Samsung tidak mengeluarkan set kepala Gear VR selepas kerjasama dengan Oculus (kini Meta) tidak diteruskan. Google juga menghentikan pembangunan Google Glass dan Carboard tetapi mengekalkan sokongan ARCore. Qualcomm pula terus menawarkan cip kepada pengeluar yang ingin menggunakan produk mereka seperti pada Meta Quest Pro.

Tiada imej acah dikongsi dan rekaan peranti XR ini masih lagi misteri. Tetapi rekaan set kepala realiti terimbuh (AR) Samsung HMD Odyssey+ sebelum ini mungkin boleh memberikan gambarannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd