Carian
Promosi Eksklusif Beli OPPO A98 5G Dapat OPPO Band Di Lokasi Terpilih
May 19, 2023 Ikhwan Nazri

OPPO A98 5G telah dijual secara rasmi di pasaran Malaysia bermula 19 Mei lalu. Peranti ini didatangkan dengan bateri kapasiti tinggi iaitu 5000mAh yang turut menyokong pengecasan 67W SUPERVOOC dan skrin besar 6.7 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti ini akan dijual dengan harga RM1,399 dan bakal ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Dreamy Blue dan Cool Black. 

Untuk setiap pembelian OPPO A98 5G, ia akan didatangkan dengan hadiah yang bernilai hingga RM218 termasuklah True Wireless Earbuds dan 1+1 tahun jaminan peranti. OPPO juga menawarkan baucar ganjaran tambahan seperti baucar Baskin Robbins, Zus Coffee dan Secret Recipe khas untuk ahli My OPPO yang membeli peranti ini nanti dan ia boleh ditebus menerusi aplikasi My OPPO.

Sekiranya anda melakukan pembelian sekarang, anda hanya mendapat TWS Earbuds dan juga jaminan waranti yang bernilai RM 218. Khas buat pembaca Amanz, anda boleh membeli OPPO A98 5G dengan menggunakan kod promo AUntukSemua dan anda layak menebus OPPO Band yang bernilai sehingga RM159 beserta hadiah lain yang disertakan. Kod promo ini sah sehingga 31 Mei 2023 sahaja.

Anda boleh membeli OPPO A98 5G di semua My OPPO Space, dimana-mana kedai jenama OPPO (OPPO Brand Store) seluruh Malaysia. 

Komen