Carian
Infinix Memperlihatkan Peningkatan 41% Di Rantau Asia Tenggara
May 18, 2023 Aman

Infinix kini dilihat terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran Asia Tenggara. Diperkenalkan dengan penawaran pada harga kompetitif dan spesifikasi yang baik, kini Infinix dilaporkan memperlihatkan peningkatan pasaran sekitar 41% di rantau Asia Tenggara.

Melalui perkongsian CounterPointResearch untuk suku pertama 2023, pelbagai jenama memperlihatkan penurunan daripada pegangan pasaran, sementara Infinix dilihat berjaya mencuri hati ramai pengguna.

Di Malaysia sendiri, Infinix telah menaja acara esukan, dan memposisikan jenama mereka dalam arena telefon pintar yang mesra permua – memberikan persepsi Infinix hadir dengan spesifikasi yang berkuasa melaluinya.

Infinix juga agak aktif dalam pengenalan peranti, dan menyasarkan pengenalan Infinix Note 30 di Malaysia tidak lama lagi.

Komen