Carian
MediaTek Dimensity 8200-Ultra Dilancarkan Dengan Kerjasama Bersama Xiaomi
May 19, 2023 Fahim Zahar

MediaTek Dimensity 8200 adalah cip kelas pertengahan premium baharu yang dilancarkan pada Disember tahun lepas. Belum lagi ada telefon pintar menggunakan cip ini di Malaysia kini MediaTek melancarkan Dimensity 8200-Ultra pula.

Dimensity 8200-Ultra adalah cip yang dihasilkan bersama-sama dengan Xiaomi. Cip ini hadir dengan teknologi 4nm dan menggunakan konfigurasi 4x Cortex-A78 + 4x Cortex-A55. Sentuhan Xiaomi pada cip ini adalah untuk membantu algoritma pengimejan pada peranti mereka.

Dengan cip ini peranti Xiaomi boleh memproses 35% lebih pantas untuk imej potret, 57% lebih pantas untuk mod malam, 153% lebih pantas memproses imej HDR dan 235% lebih pantas untuk mengambil gambar tanpa henti. Dimensity 8200-Ultra dikatakan dilengkapi dengan Xiaomi Imaging Brain bagi menjayakan kebolehan ini.

Cip khas ini akan digunakan pada peranti Xiaomi Civi 3 iaitu peranti Xiaomi yang memfokuskan kepada penggunaan kamera yang seimbang, adil, rekaan nipis dan harga mampu milik.

Komen