Cari @ Amanz

Twitter kini telah pun memperkenalkan secara rasmi ciri permesejan suara melalui DM untuk para pengguna di Malaysia. Ciri ini sebelum ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna mengikut beberapa negara sahaja.

Kini, dengan integrasi ini, pengguna boleh dengan mudah membuat penghantaran mesej suara melalui DM kepada rakan-rakan yang di Twitter. Ini memberikan alternatif lain berbanding dengan penghantaran teks dan gambar sebelum ini.

Penghantaran mesej suara dihadkan kepada 140 saat. Pengguna boleh merakam dan menghantarnya dengan mudah. Daripada ujian kami, ia berfungsi dengan lancar, walaupun pada akaun yang tidak melanggan Twitter Blue.

Bagi anda yang menggunakan Twitter, boleh mencuba ciri ini yang telah dibangunkan oleh Twitter sejak tahun 2020 lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd