Pada minggu lepas, kita telah melihat salah satu negeri di Amerika Syarikat mengharamkan operasi TikTok berkuat-kuasa Januari 2024. Kini, lanjutan daripadanya, TikTok memfailkan sebuah saman kembali ke atas arahan tersebut, dan ingin mencuba pengharaman aplikasi berkenaan ditarik-kembali.

TikTok memfailkan sama berkenaan, mengatakan ia melanggar beberapa perlembagaan Amerika Syarikat. Malah, TikTok turut mengatakan langkah ini menghalang kebebasan bersuara yang sering dikaitkan dengan Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama, TikTok turut mengatakan Montana tidak memberikan sebarang bukti terhadap tuduhan mengatakan China mempunyai akses pada data pengguna TikTok.
- Sumber
- CNBC