Meta AI mengumumkan mereka melancarkan kecerdasan buatan (AI) Massively Multilingual Speech (MMS) yang boleh mengenalpasti lebih 4000 bahasa dan kemudian bercakap dengan lebih 1000 bahasa secara sumber terbuka. Menurut Meta MMS mempunyai kemampuan 10X lebih baik berbanding model lain yang diumumkan sebelum ini.
MMS boleh menghasilkan transkrip daripada pecakapan yang didengari dan juga bercakap berdasarkan teks yang ditaip. Ini ialah sebahagian daripada usaha Meta AI untuk memelihara sebanyak mungkin bahasa yang pernah digunakan oleh manusia sebelum ianya pupus. Ia juga diharap akan menjadi asas kepada sistem alih bahasa sarwajagat yang membolehkan dua insan yang tidak berkongsi bahasa yang sama berbual secara masa nyata di masa hadapan.
Dengan menjadikan MMS sebuah AI sumber terbuka, Meta AI menjemput pengkaji untuk menyumbang bagi menjadikan mode dapat dilatih untuk memahami kesemua bahasa di dunia dengan lebih tepat.
- Sumber
- Meta AI